Wednesday, December 26, 2018

Tips Untuk Nasi Terlembik

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Nasi Oh Nasi !

Hi Assalamualaikum,kita nak kongsikan lagi petua-petua berkaitan tentang nasi. Kenapa nasi ?? Sebab nya ramai yang jadikan nasi sebagai hidangan utama dalam menu seharian. Nasi tomato, nasi ayam, nasi goreng...semuanya berkaitan dengan nasi 😆



1. Nasi Yang Di Masak Terlembik !

Menu dah sedap tetapi baru perasan nasi lembik 😌 Macam mana nak buat ni 😱

Cara Mengatasi : 

✩ Letakkan beberapa helai suratkhabar atas periuk nasi,tutupkan dengan tudung periuk dan kecilkan api sehingga air kering. (masak di atas tungku)

✩ Sebiji kentang yang dihiris dengan kulitnya, masukkan ke dalam nasi lembik tadi dan biarkan dalam 5 minit sebelum di keluarkan kentang itu.

✩ Masukkan roti bantal ke dalam nasi lembik itu, jumlah nya mengikut kepada tahap lembik nya nasi itu.

2. Cara Hilangkan Bau Hangit Pada Nasi

Masalah ini selalu terjadi pada periuk nasi jenis non stick. Jom ikuti petua ini.

Cara Mengatasi :

✩ Letakkan beberapa tangkai kering di atas periuk nasi itu, dengan cara ini nasi tidak akan berbau hangit.

✩ Letakkan sekeping roti atau sehelai daun sirih di dalam periuk nasi sebaik sahaja nasi  kering. Boleh dikeluarkan roti atau daun sirih setelah permukaan roti atau daun sirih itu kering.

✩ Ambil semangkuk air dan letakkan di tengah-tengah nasi. Tutup periuk nasi dn keluarkan semula mangkuk itu setalah bau nya hilang.

✩ Tutup periuk nasi dengan daun pisang.

✩ Ambil daun pandan dan letakkan ke dalam mangkuk, dan letakkan di atas nasi yang hangit itu

✩ Cuci dan masukkan kulit bawang ke dalam periuk nasi itu

3. Cara Mengelakkan Nasi Cepat Basi

Kadang kita masak terlalu banyak, jadi boleh ikuti cara ini untul elakkan pembaziran.

Cara Mengatasi : 

✩ Masukkan 2 atau 3 kuntum bunga cengkih berserta secubit garam ke dalam nasi yang di tanak.

✩ Basuh beras sehingga beras kelihatan putih, masukkan air dan di tanak seperti biasa.

4. Cara Menggebukan Dan Melembutakn Tekstur Nasi Lemak

Boleh cubakan petua ini untuk tengok perubahan nya 😉

Cara Mengatasi :

✩ Beras di cuci sebanyak 3 kali. Pada kali ke tiga lepas buang air basuhan,  biarkan beras yang masih basah dalam 1 jam. Lepas tu baru lah di masukkan santan dan bahan tumisan.

5. Cara Untuk Mengelakkan Beras Dari Kutu Beras


✩ Masukkan beberapa ulas bawang putih tanpa di kupas kulit nya ke dalam tong beras.

✩ Masukkan beberapa helai daun limau dan daun nangka ke dalam tong beras agar beras tahan lebih lama.


✩ Masukkan beberapa pelepah daun belimbing yang siap di cuci dan dikeringkan ke dalam tong beras.


✩ Masukkan 6 tangkai lada kering ke dalam tong beras.


6. Cara Memasak Nasi Yang Telah Termentah


✩ Letakkan satu cawan air sejuk kat tengah-tengah nasi mentah. Tutup periuk dan masak dengan api perlahan sehingga wap air keluar. Itu petanda nasi telah masak semula.

✩ Masukkan sedikit air dan secubit garam di atas penutup nasi selama beberapa minit dengan menggunakan api perlahan. 


✩ Masukkan nasi ke dalam periuk kukus yang telah di alas dengan daun pisang atau daun pandan. Kukus sehingga masak.

Tips Untuk Cookies Tahan Lama

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Beberapa tips dan petua untuk dijadikan panduan. Selamat Membaking 😍

Hai Assalamualaikum, jom kita tengok beberapa tips dan petua yang sesuai untuk korang
yang suka kan cookies. Cookies pun dapat tahan lagi lama. 


1. Cara Simpan Cookies Agar Tahan Lebih Lama

✩ Taburkan sedikit gula ke dalam balang biskut sebelum susun biskut kat dalam.
Ia juga dapat bantu untuk mengelakkan biskut berbau hapak.

2. Cara Untuk Mencatikkan Permukaan Biskut

✩ Campurkan sedikit esen vanilla ke dalam putih telur atau kuning telur. Sapukan di atas biskut dan bakar seperti biasa. (kaedah eggwash) Permukaan biskut akan jadi lebih cantik lepas siap di bakar.

3. Meranggupkan Tekstur Cookies

✩ Dah siap buat doh, wrapkan dengan plastik wrap kemudian masukkan ke dalam chiller selama 1-2 jam. Lepas itu baru lah kita bentukkan cookies mengikut citarasa masing-masing.

✩ Nak ranggupkan biskut tart, doh di simpan di chiller selama 1-2 jam dan letakkan sedikit minyak sapi agar tart kita menjadi gebu dan ranggup.

4. Cara Mengeluarkan Crust Tart Dengan Mudah

✩ Bila crust siap di bakar, biarkan crust betul-betul sejuk di suhu bilik. Kemudian terbalikkan acuan tart dan tart dapat dikeluarkan dengan sendirinya tak payah ketuk loyang acuan.

Cucur Rangup Besaq Gedabaq

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Haa, nama pun special kan ? Sajian petang yang cukup mudah !

Hai Assalamualaikum, selamat petang semua. Siapa di sini yang hantu cucur ?
Pantang betul kalau duduk TV tanpa mengunyah kudapan petang 😆
Kali ini kita kongsikan resepi cucur yang enak, gebu dan paling penting kurang 
berminyak 😍.

Rujukan: https://www.facebook.com/jamiah.tulisman/posts/1765083846850452

Cucur gebu rangup
dicecah sos pedas manis mak 😘

Sajian ini boleh di hidangkan sama ada pada sarapan pagi atau sebagai sajian di petang hari atau bila-bila masa 😅. Jom kita tengok bahan-bahan nya. Resepi kali ini lebih sedap dari Qila kongsikan
sebelum ini dan sangat-sangat sesuai untuk dijadikan sebagai cucur udang 😍

Bahan-bahan : 

2 ½ cawan tepung gandum
½ sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 biji telur gred B atau C
1 sudu makan gula pasir
1 sudu makan yis kering
½ sudu makan Maggi cukup rasa atau kiub ayam
1½ cawan air suam
Segenggam bawang goreng
Sedikit serbuk kunyit
Daun kucai secukupnya
Udang basah jika suka
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara :

1. Satukan bahan-bahan kering seperti tepung gandum, baking powder, garam dan serbuk kunyit
ke dalam mangkuk adunan.

Bahan-bahan kering di satukan
2. Masukkan air suam berserta gula dahulu kemudian baru lah masukkan yis. Biarkan kejap
dalam 10 minit bagi larutan yis aktif. Yis yang aktif akan berbuih macam ini.

Larutan yis
3. Setelah yis aktif, masukkan lagi bahan lain seperti daun kucai, bawang goreng dan telur
ke dalam mangkuk adunan.Tuangkan larutan yis ke dalam mangkuk adunan dan kacau rata.

Masukkan bahan-bahan lain

Tuangkan larutan yis ke dalam mangkuk
adunan dan gaulkan sebati.
4. Dah di kacau sebati, tutupkan mangkuk adunan menggunakan tuala lembab (air panas)
dan biarkan adunan dalam 30 minit atau sehingga adunan menjadi kembang.
Adunan ini Qila perapkan dalam 30 minit.

Adunan yang sudah siap diperap
5. Panaskan minyak di kuali dengan menggunakan api sederhana besar. Sukat doh guna sudu atau senduk sebelum menggoreng. Jika anda ingin buat cucur udang, semasa doh separa masak
masukkan seekor udang dan lekatkan udang di atas permukaan cucur.

Gebu kan ? 😆
6. Goreng sehingga keperangan dan rangup. Sedia untuk dihidangkan.
Sesuai di makan bersama sos cili atau sos kegemaran anda.

Hasil cucur gebu rangup Qila.
Saiz memang besar gedabak 😋
7. Cucur yang telah siap di goreng boleh di gunting menjadi bahagian kecil atau boleh di makan begitu jer. Sesuai untuk di hidangkan sebagai menu sampingan mee goreng mamak 😋😘

Cross section cucur besar gedabak
Sangat lembut, rangup dan kurang berminyak
Selamat mencuba, semoga bermanfaat ! 🙋

Monday, December 24, 2018

Jom Kenali Oven

                                        بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Tips Untuk Oven

Hai Assalamualaikum,

Tak kenal maka tak cinta..

Sudah kenal maka berputik-putik cinta...
Ahaa... tahu tak apa itu ?? Tak kenal mmg tak tahu nak buat apa, dah kenal.... 
haa macam-macam resepi nak masak ye ?


Tak lain tak bukan, itulah OVEN anda.

So dah familiar belum dengan oven ? Kalau masih tak kenal ragam oven sendiri rugi tau sebab kita banyak share resepi guna oven ni..

Jom kita belajar secara simple dan mudah faham function oven ya.




Built In Oven

Contoh Built In Oven

1. Kapasiti biasanya dalam 56 litre. Macam mana kita tahu ??

Ada pengalaman kerja di syarikat jual baragan keperluan rumah hee..
Boleh bakar roti, kek, pastri dan biskut.

2. Biasa nya rak dia untuk bakar biskut 2 tingkat, so korang lepas 15 minit pembakaran rotate loyang untuk dapatkan masakan yang sama rata bagi biskut. Untuk kek korang tak perlu rotate ya. Jenis oven kipas di belakang korang boleh bakar lebih dari 1 rak.

Microwave Oven

Contoh Microwave Oven
1. Jenis macam ini sebenar nya tak sesuai untuk bakar kek / kuih / biskut. Nak tahu kenapa? Jenis ini hanya fungsi nya untuk memanaskan makanan sahaja. Kalau resepi cake in a mug itu korang boleh guna microwave, memang menjadi. Microwave hanya ikut resepi yang mudah je ye bukan bakar sebiji kek. Tak masak nanti tau ?

2. Melainkan dekat oven situ ada tulis CONVECTION OVEN baru lah korang boleh guna kan untuk membaking ya ? Convection oven ini 2 in 1 . Dia boleh jadi microwave & oven dalam 1 masa. Kebanyakkan saiznya agak kecil ya. 

3. Di sebabkan saiznya agak kecil so korang mainly boleh bake muffin cupcakes. Untuk sebiji kek agak kurang sesuai takut suhu itu tak cukup untuk masak sebiji kek.

Resepi Maggie Sup Powerrr !

Hidup Menjadi-jadi dengan Maggie ❤

Hai Assalamualaikum
Kali ni kita nak kongsikan resepi maggie yang mengancam tekak anda ❗

Resepi ini Qila jumpa dari petikan dari Facebook.


Bahan-bahan :

1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
8-10 biji cili padi ( kalau tak boleh tahan pedas boleh kurang kan )
Sedikit minyak masak untuk menumis
Air secukup nya

1 paket maggie perisa kari 😋
2 biji telur
Bahan-bahan basah yang diperlukan
Cara-cara :

1.Tumbuk kan bawang besar, bawang putih dan cili padi dan perencah kari Maggie.Ketepikan.

2. Ambil sedikit minyak masak, panaskan kuali. Tumis kan bahan kita tumbuk tadi sehingga naik bau dan tumis kan sehingga pecah minyak. Aroma nya mengancam kan ?
Rempah yang di tumis

Tukarkan Sukatan Cawan Ke Gram Dengan Mudah.

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Sukatan Cawan VS Sukatan Gram

Hi Assalamualaikum,

Kali ini, kita nak kongsikan tips sukatan. 😍
Siapa di sini yang ada masalah untuk sukatan bahan-bahan mentah untuk baking ?
Jika korang perasan, ada sesetengah resepi sertakan sukatan bahan-bahannya
menggunakan cawan ada juga sukatan yang menggunakan gram.

Aduh, kalau tak ada alat sukatan metrik macam mana ?
Kita tukarkan sukatan itu kepada sukatan gram.
Macam itu juga jika kita tiada penimbang digital, kita tukar kan sukatan kepada cawan.

Tetapi, sukatan paling tepat sekali ialah menggunakan mesin penimbang digital.
Untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia baking, jangan malas ye beli mesin
penimbang digital tu, confirm resepi korang try pasti menjadi 😎


Alat sukatan cawan dan sudu metrik

Sukatan untuk MENTEGA


¼  cawan        ⇨   60 gram
 cawan         ⇨   80 gram
½ cawan         ⇨  125 gram
¾ cawan         ⇨  190 gram
1 cawan            ⇨  250 gram
2 cawan            ⇨  500 gram
1 sudu kecil      ⇨   10 gram
1 sudu besar    ⇨   15 gram

Sukatan untuk CECAIR

¼ cawan                  ⇨   50 ml
½ cawan                  ⇨  125 ml
¾ cawan                 ⇨   180 ml
1 cawan                    ⇨   250 ml
4 cawan (1 quart)     ⇨  1000 ml @ 1 liter

Sukatan untuk TEPUNG

¼ cawan            ⇨  45 gram
½ cawan           ⇨   65 gram
¾ cawan            ⇨   90 gram
1 cawan              ⇨   125 gram
2 cawan              ⇨   250 gram
4 cawan              ⇨   500 gram
2 sudu kecil        ⇨    10 gram
12 sudu besar    ⇨    15 gram

Sukatan untuk GULA PASIR / GULA HALUS / GULA KASTOR


¼ cawan          ⇨   80 gram
½ cawan          ⇨  125 gram
¾ cawan          ⇨  190 gram
1 cawan            ⇨   250 gram
2 cawan            ⇨   500 gram
1 sudu kecil      ⇨    10 gram
1 sudu besar     ⇨    15 gram

Resepi Cucur Berhantu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Cucur gebu yang berhantu, makan tanpa henti !

Hi Assalamualaikum, resepi ini Qila dapat daripada kawan Qila sendiri. 
Bahan yang mudah dan senang menghasilkan cucur yang gebu sesuai di jadikan santapan di petang hari. Cuaca agak mendung dan hujan sekitar Johor, jom kita minum petang bersama
cucur berhantu 😋



Bahan-bahan :


1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu teh yis segera
1 sudu teh garam
½ sudu teh Maggi cukup rasa ( Qila tambah )
1 ¼ cawan air suam ( Qila gunakan dalam  1 ½ cawan air)
¼ sudu teh serbuk udang kering ( Qila tambah )
Pewarna kuning ( Qila gantikan dengan sedikit serbuk kunyit )
Bawang merah dihiris
Lobak merah di potong dadu
Daun kucai
Minyak masak untuk menggoreng

Sunday, December 23, 2018

Tips Mudah Sukatan Untuk Bahan-bahan Kek Dan Cookies

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Lets Go Nuts !

Hai Assalamualaikum, hampir terlupa pula kongsikan bahagian sukatan kekacang ni.
Jom kita tengok tips mudah sukatan cawan ke gram bagi bahan-bahan asas
cookies atau kek untuk kekacang.

Sumber : http://mamaqaireen.com/cara-mengira-sukatan-cawan-ke-gram-dan-liter-serta-suhu-ketuhar/
Contoh kekacang

Sukatan untuk BADAM HIRIS

 cawan  ⇒ 10 gram
¼ cawan  ⇒ 20 gram
 cawan  ⇒ 25 gram
 cawan  ⇒ 30 gram
½ cawan  ⇒ 40 gram
 cawan  ⇒ 50 gram
 cawan  ⇒ 55 gram
¾ cawan  ⇒ 60 gram
 cawan  ⇒ 70 gram
1 cawan    ⇒  80 gram

Sukatan untuk BADAM SERBUK

 cawan  ⇒ 25 gram
¼ cawan ⇒  50 gram
 cawan  ⇒ 65 gram
 cawan  ⇒ 75 gram
½ cawan  ⇒ 100 gram
 cawan  ⇒ 125 gram
 cawan  ⇒ 135 gram
¾ cawan  ⇒ 150 gram
 cawan  ⇒ 175 gram
1 cawan    ⇒ 200 gram

Lagi Sukatan Cawan Ke Gram.

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Penambahan ilmu sukatan lagi !

Tadikan kita dah kongsikan sukatan bahan-bahan asas kek dan juga kekacang,
di sini kita masukkan lagi extra info untuk rujukan kita bersama.

Sesetengah resepi memerlukan kita menggunakan gula icing dan juga tepung kek.
Sukatan di awal post tadi kita ada nyatakan kesesuaian utk sukat gula jenis apa.

Jom kita tengok pula sukatan bagi gula icing

Gula icing
Sukatan untuk TEPUNG SERBAGUNA, GULA ICING dan GULA BERBENTUK SERBUK

 cawan ⇨  15 gram
¼ cawan ⇨  30 gram
 cawan ⇨  40 gram
 cawan ⇨  45 gram
½ cawan ⇨  60 gram
 cawan ⇨  70 gram
 cawan ⇨  75 gram
¾ cawan ⇨  85 gram
 cawan ⇨  100 gram
1 cawan    ⇨  110 gram 

Resepi Yummy Sardin Roll

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Semudah ABC. Gelek - gelek jer 😄

Hai Assalamualaikum,

Siapa dulu masa kecil suka main masak-masak ? 😏
Kali ini kita nak kongsikan resepi paling simple untuk adik-adik cuba memasak.
Best ke tak best daripada kita bermain masak-masak kepada kita belajar memasak. 
Ilmu baru tu 😇

Jom cuba resepi yang mudah ini, senang dan cepat untuk di siapkan.

Budak-budak pasti sukakan sardin roll ini tau.

Sumber : http://myresipi.com/recipes/sardin-roll

Yummy Sardin Roll


Bahan-bahan :

10 keping roti
1 tin kecil sardin ( kita pakai tin besar )
1 biji bawang merah ( kita guna 2 biji )
2 ulas bawang putih ( kita guna 3 ulas )
1 sudu besar cili giling atau cili kisar ( jika suka pedas boleh lebih kan )
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
Breadcrumb *kita tambah
1 biji telur yang di kocak

Bahan Pelekat Roti :

1 sudu besar tepung gandum 
2 sudu besar air



Cara-cara :

1. Hiriskan bawang merah dan bawang putih. Masukkan minyak masak ke dalam kuali dan tumiskan
bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.


Bahan-bahan untuk inti sardin


Tumiskan bawang putih, merah dan cili kisar
sehingga garing


2. Masukkan cili kisar atau cili giling gaul rata bersama tumisan bawang itu tadi. Setelah cili hampir masak, masukkan sardin gaul rata. Kalau nak inti berkuah masukkan sardin bersama sos tomato sardin itu. Jika mahukan inti sardin kering, buangkan sos sardin. Kita tak buang sebab jika masakan kita terlalu pedas sos ini akan balance kan rasa inti kita. Kita juga masukkan sedikit serbuk perasa Maggi cukup rasa dalam inti sardin.


Sardin beserta sedikit sos dari tin sardin

3. Dah siap masak inti sardin, ketepikan.

4. Ambil roti buangkan kulit roti yang keperangan di tepi-tepi roti.Lenyek kan roti menggunakan pin roll.


Lenyek kan roti yang telah di potong
5. Letakkan inti sardin kita di atas roti dan gulungkan roti itu.


Gulung dengan kemas
6. Untuk elakkan hujung roti terbuka, campurkan tepung bersama air untuk dijadikan sebagai gam di roti. Celupkan roti ke dalam telur sebelum di golekkan ke atas bread crumbs.


Boleh terus digoreng jika tak
disalut breadcrumbs


Roti bersalut breadcrumbs
Rangup di luar lembut di dalam 😋


7. Panaskan minyak kemudian goreng kan sardin roll kita sehingga keperangan. Siap ! Mudah tak ? 😄 Semoga bermanfaat 😍