Monday, December 24, 2018

Jom Kenali Oven

                                        بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Tips Untuk Oven

Hai Assalamualaikum,

Tak kenal maka tak cinta..

Sudah kenal maka berputik-putik cinta...
Ahaa... tahu tak apa itu ?? Tak kenal mmg tak tahu nak buat apa, dah kenal.... 
haa macam-macam resepi nak masak ye ?


Tak lain tak bukan, itulah OVEN anda.

So dah familiar belum dengan oven ? Kalau masih tak kenal ragam oven sendiri rugi tau sebab kita banyak share resepi guna oven ni..

Jom kita belajar secara simple dan mudah faham function oven ya.




Built In Oven

Contoh Built In Oven

1. Kapasiti biasanya dalam 56 litre. Macam mana kita tahu ??

Ada pengalaman kerja di syarikat jual baragan keperluan rumah hee..
Boleh bakar roti, kek, pastri dan biskut.

2. Biasa nya rak dia untuk bakar biskut 2 tingkat, so korang lepas 15 minit pembakaran rotate loyang untuk dapatkan masakan yang sama rata bagi biskut. Untuk kek korang tak perlu rotate ya. Jenis oven kipas di belakang korang boleh bakar lebih dari 1 rak.

Microwave Oven

Contoh Microwave Oven
1. Jenis macam ini sebenar nya tak sesuai untuk bakar kek / kuih / biskut. Nak tahu kenapa? Jenis ini hanya fungsi nya untuk memanaskan makanan sahaja. Kalau resepi cake in a mug itu korang boleh guna microwave, memang menjadi. Microwave hanya ikut resepi yang mudah je ye bukan bakar sebiji kek. Tak masak nanti tau ?

2. Melainkan dekat oven situ ada tulis CONVECTION OVEN baru lah korang boleh guna kan untuk membaking ya ? Convection oven ini 2 in 1 . Dia boleh jadi microwave & oven dalam 1 masa. Kebanyakkan saiznya agak kecil ya. 

3. Di sebabkan saiznya agak kecil so korang mainly boleh bake muffin cupcakes. Untuk sebiji kek agak kurang sesuai takut suhu itu tak cukup untuk masak sebiji kek.

Electric Oven


Contoh Electric Oven

Yang ini pasti korang kenal kan. So hari ni kita nak terang kan fungsi button tu ya.



Boleh nampak tak 4 button ini ?

1. Yang pertama itu kawalan suhu. Suhu setiap oven berbeza, kena try and error.

2. Button kedua ialah fungsi memanggang ( grill ) . Belah kiri sekali panggang dan kipas which sangat-sangat sesuai untuk korang panggang seekor ayam di dalam.Kulit dia akan garing. Tengah-tengah tu lambang kipas sahaja. Jangan guna kipas semasa bakar kek. Kek korang kering nanti permukaannya.

3. Sesetengah biskut mungkin pakai kipas, tapi kita tak pakai. Kipas ni fungsi dia berikan suhu sama rata semasa pembakaran melebihi 2 atau 3 loyang. 

4. Button ketiga untuk korang pilih TOP & BOTTOM HEAT , TOP HEAT ONLY, BOTTOM HEAT ONLY. 


5. TOP & BOTTOM HEAT - sesuai untuk bakar semua jenis kek, biskut, roti dan pastri.

Gunakan rack tengah. Kecuali ada sesetengah resepi memerlukan pakai 2 rack dari bawah.

6. TOP HEAT ONLY - sesuai untuk membakar cheesecake bukan kuih lapis ya. Kering permukaan kuih tu nanti.


7. BOTTOM HEAT ONLY - menggaringkan roti contoh seperti pizza. Ada resepi biskut yang hanya menggunakan bottom heat untuk elakkan permukaan topping korang mecair. Contoh tart nutella


8. Button terakhir adalah untuk kawalan timer


9. STEAM INJECTION  - Ni kalau oven korang ada fungsi ini la tetapi dalam picture ini tak ada ya ? Untuk bakar sesetengah roti perancis bagi menggaringkan dan  meranggupkan permukaan roti tu.


No comments:

Post a Comment