Wednesday, December 26, 2018

Tips Untuk Nasi Terlembik

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Nasi Oh Nasi !

Hi Assalamualaikum,kita nak kongsikan lagi petua-petua berkaitan tentang nasi. Kenapa nasi ?? Sebab nya ramai yang jadikan nasi sebagai hidangan utama dalam menu seharian. Nasi tomato, nasi ayam, nasi goreng...semuanya berkaitan dengan nasi 😆



1. Nasi Yang Di Masak Terlembik !

Menu dah sedap tetapi baru perasan nasi lembik 😌 Macam mana nak buat ni 😱

Cara Mengatasi : 

✩ Letakkan beberapa helai suratkhabar atas periuk nasi,tutupkan dengan tudung periuk dan kecilkan api sehingga air kering. (masak di atas tungku)

✩ Sebiji kentang yang dihiris dengan kulitnya, masukkan ke dalam nasi lembik tadi dan biarkan dalam 5 minit sebelum di keluarkan kentang itu.

✩ Masukkan roti bantal ke dalam nasi lembik itu, jumlah nya mengikut kepada tahap lembik nya nasi itu.

2. Cara Hilangkan Bau Hangit Pada Nasi

Masalah ini selalu terjadi pada periuk nasi jenis non stick. Jom ikuti petua ini.

Cara Mengatasi :

✩ Letakkan beberapa tangkai kering di atas periuk nasi itu, dengan cara ini nasi tidak akan berbau hangit.

✩ Letakkan sekeping roti atau sehelai daun sirih di dalam periuk nasi sebaik sahaja nasi  kering. Boleh dikeluarkan roti atau daun sirih setelah permukaan roti atau daun sirih itu kering.

✩ Ambil semangkuk air dan letakkan di tengah-tengah nasi. Tutup periuk nasi dn keluarkan semula mangkuk itu setalah bau nya hilang.

✩ Tutup periuk nasi dengan daun pisang.

✩ Ambil daun pandan dan letakkan ke dalam mangkuk, dan letakkan di atas nasi yang hangit itu

✩ Cuci dan masukkan kulit bawang ke dalam periuk nasi itu

3. Cara Mengelakkan Nasi Cepat Basi

Kadang kita masak terlalu banyak, jadi boleh ikuti cara ini untul elakkan pembaziran.

Cara Mengatasi : 

✩ Masukkan 2 atau 3 kuntum bunga cengkih berserta secubit garam ke dalam nasi yang di tanak.

✩ Basuh beras sehingga beras kelihatan putih, masukkan air dan di tanak seperti biasa.

4. Cara Menggebukan Dan Melembutakn Tekstur Nasi Lemak

Boleh cubakan petua ini untuk tengok perubahan nya 😉

Cara Mengatasi :

✩ Beras di cuci sebanyak 3 kali. Pada kali ke tiga lepas buang air basuhan,  biarkan beras yang masih basah dalam 1 jam. Lepas tu baru lah di masukkan santan dan bahan tumisan.

5. Cara Untuk Mengelakkan Beras Dari Kutu Beras


✩ Masukkan beberapa ulas bawang putih tanpa di kupas kulit nya ke dalam tong beras.

✩ Masukkan beberapa helai daun limau dan daun nangka ke dalam tong beras agar beras tahan lebih lama.


✩ Masukkan beberapa pelepah daun belimbing yang siap di cuci dan dikeringkan ke dalam tong beras.


✩ Masukkan 6 tangkai lada kering ke dalam tong beras.


6. Cara Memasak Nasi Yang Telah Termentah


✩ Letakkan satu cawan air sejuk kat tengah-tengah nasi mentah. Tutup periuk dan masak dengan api perlahan sehingga wap air keluar. Itu petanda nasi telah masak semula.

✩ Masukkan sedikit air dan secubit garam di atas penutup nasi selama beberapa minit dengan menggunakan api perlahan. 


✩ Masukkan nasi ke dalam periuk kukus yang telah di alas dengan daun pisang atau daun pandan. Kukus sehingga masak.

No comments:

Post a Comment