Monday, December 24, 2018

Resepi Cucur Berhantu

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Cucur gebu yang berhantu, makan tanpa henti !

Hi Assalamualaikum, resepi ini Qila dapat daripada kawan Qila sendiri. 
Bahan yang mudah dan senang menghasilkan cucur yang gebu sesuai di jadikan santapan di petang hari. Cuaca agak mendung dan hujan sekitar Johor, jom kita minum petang bersama
cucur berhantu 😋



Bahan-bahan :


1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu teh yis segera
1 sudu teh garam
½ sudu teh Maggi cukup rasa ( Qila tambah )
1 ¼ cawan air suam ( Qila gunakan dalam  1 ½ cawan air)
¼ sudu teh serbuk udang kering ( Qila tambah )
Pewarna kuning ( Qila gantikan dengan sedikit serbuk kunyit )
Bawang merah dihiris
Lobak merah di potong dadu
Daun kucai
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara :

1. Paling penting pastikan yis aktif atau tidak sebab nya jika yis tidak aktif, cucur itu tidak akan mengembang dengan cantik.

2. Satukan ke semua bahan kering dahulu, baru lah masukkan sedikit demi sedikit air suam gaulkan sehingga sebati. Atau anda boleh campurkan dulu sedikit air suam bersama yis untuk yis aktif dulu sebelum di tuangkan ke dalam mangkuk adunan.

Bahan-bahan kering di satukan
Masukkan tepung gandum beserta yis
3. Perap adunan dalam suhu bilik selama 20 minit. Tutupkan dengan tuala lembap sehingga adunan mengembang sedikit.

Adunan yang di perap akan menjadi sedikit kental
4. Panaskan minyak di kuali, senduk yang kita mahu gunakkan rendam kan sebentar ke dalam minyak yang panas.
Cucur yang di gorenag akan mengembang


5. Ambil sukatan dalam besar sesenduk itu kemudian masukkan ke dalam kuali biarkan beberapa saat sebelum kita tanggalkan cucur dari senduk itu. Goreng sehingga keperangan.


✨ Resepi Bonus ✨

Sos Pedas Manis Mak

Sos pedas manis mak sesuai untuk apa jua
jua hidangan cucur

Bahan-bahan :

2 biji bawang merah
13 biji cili merah hidup
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cuka beberapa titis
Sedikit perencah Maggie cukup rasa
Sedikit air

Cara-cara :

1. Kisarkan cili merah bersama bawang, masukkan sedikit air asalkan motor pengisar dapat berpusing sahaja. Tidak perlu kisar terlalu halus kerana kita memerlukan tekstur yang agak kasar sedikit,

2. Hasil pes bawang dan cili di masukkan ke dalam kuali non stick dan tumiskan tanpa menggunakan minyak masak. Masak atau didihkan sehingga wara nya bertukar menjadi pucat.

3. Sukatan garam, gula, cuka dan serbuk perasa bergantung pada selera masing-masing. Gaulkan semua bahan sebai, jangan letak cuka terlalu banyak supaya rasa sos itu tidak lari.

Selamat Mencuba !

No comments:

Post a Comment