بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Khas untuk mereka baru belajar buat roti
Hi Assalamualaikum, siapa kat sini yang baru je nak belajar buat roti ?
Okay Qila nak kongsikan beberapa tips khas untuk beginner untuk tahu asas untuk buat roti.
Qila pun dulu tak pandai buat, keras doh baling kat dinding pun melantun balik 😆
![]() |
Tips Meroti |
1. Doh Boleh Disimpan Dalam Peti Sejuk Atau Bekukan.
Sebenarnya doh roti boleh disimpan dalam peti sejuk sehingga 36 jam jadi kita boleh menguli di malam hari dan simpan di dalam peti sebelum bakar pada keesokan pagi. Proses ini juga bantu menaikkan doh secara perlahan dalam peti, jika di suhu bilik yis kan cepat kembang jadi agak kelam kabut untuk uli doh yang lain kan ?
Doh juga boleh dibekukan dan di simpan antara 3 hingga 6 bulan. Boleh dibekukan dalam pelbagai cara dalam bentuk bebola atau yang sudah siap dibentukkan. Cara paling senang untuk defrost doh yang telah dibekukan, keluarkan dari peti sejuk beku dan letakkan di bahagian chiller semalaman dan boleh dibakar pada esok hari.
2. Doh Dinaikkan Sebanyak 2 Kali
Ya, doh perlu dinaikkan sebanyak 2 kali. Mula-mula doh di uli sampai elastik, kita boleh nampak doh cantik dan licin itu. Lepas tu, doh di naikkan sehingga 2 kali ganda dari bentuk asal.
Doh akan ditumbuk atau di uli untuk buang angin dalam doh. Masa inilah doh lagi senang di bentukkan ikut kesukaan kita. Siap jer proses bentuk doh, doh di rehatkan lagi sekali sampai betul-betul naik. Tapi, bergantung juga pada faktor cuaca, kalau cuaca panas masa yang di ambil untuk doh naik kali ke-2 lagi singkat.
Kali pertama biasanya doh akan naik dalam masa 45 minit sehingga 1 jam.
Tetapi, pada kali kedua untuk doh naik masa yang di ambil akan jadi lebih singkat dari kali pertama.
3. Macam mana nak tahu doh dah ready atau belum ?
Yis akan lebih aktif pada suasana suam di cuaca yang panas. Semakin banyak haba semakin cepat yis itu aktif. Nak pastikan doh itu betul-betul naik, tekankan dengan menggunakan 2 jari pada permukaan
doh. Jika kesan jari berbekas atau doh tidak kembali pada bentuk asal bermaksud doh sudah sedia untuk dibentukkan.
Jika nak tahu cara tengok doh yang di sejukkan sudah sedia atau belum untuk dibentukkan, tengok cara ini :
Doh yang telah kembang 2 kali ganda dalam peti sejuk sudah sedia untuk dibentukkan.
![]() |
Doh dah sedia untuk digunakan. |
4. Doh Susah Dibentuk
Perasan tak ada juga doh yang dah direhatkan tapi masih lagi susah untuk dibentuk ?
Tapi dalam resepi cakap lepas 10 minit dah boleh gunakan 😐 Mereka uli pakai bread maker jadi masa untuk direhatkan kejap jer. Kalau uli guna tangan kena ikut proses naikkan doh sebanyak 2 kali tau ?
Doh yang susah dibentuk kena rehatkan dalam 10 hingga 20 minit untuk kasi masa untuk doh cukup naik dan membentuk gluten.
5. Yis Kering
Yis jenis ini wajib tunggu sampai betul-betul aktif sebelum digunakan. Jika tidak doh roti tidak akan naik dan roti akan menjadi keras. Biasanya yis ini dicampurkan dengan air suam, gula dan biarkan aktif selama 15 hingga 20 minit bergantung pada faktor cuaca.
Jika dah biarkan yis tapi tak berbuih juga macam mana ? Gantikan yis yang baru kemungkinan besar yis itu sudah tidak aktif jadi tidak menghasilkan buih. Jangan gunakan air yang panas untuk aktifkan yis. Yis akan mati kalau kena air yang panas.
6. Nak Dapatkan Roti Yang Moist
Tutupkan bekas doh dengan wrapping cling atau plastik atau tuala lembab supaya permukaan doh tidak cepat kering.
7. Cara Menguli Dengan Tangan
Selepas doh digaul rata,uli dengan menekan doh ke depan dan melipat balik ke belakang. Ulang berkali-kali, tekan lipat, tekan dan lipat sehingga kesemua bahagian doh di uli rata.
Ulilah selama 10 hingga 15 minit, lagi lama di uli lagi cantik dan licin serta elastik permukaan doh itu.
![]() |
Cara menguli dengan tangan |
![]() |
Doh yang siap diuli dan naik akan dibanting bagi keluarkan angin |