بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Kongsi-kongsi tips percuma !😄
Hai Assalamualaikum, jika sebelum ini kita pernah berkongsi petua tentang cookies, kek dan nasi, kali ini Qila kongsikan pula petua masakan ! Haa, tentu semua sudah terror bab masakan tapi masih ada lagi anak-anak dara yang belum pandai memasak 😂. Jom kita pelajari petua yang mudah ini.
Sama-sama belajar sehingga pandai 😁
1. Cara-cara Melembutkan Daging Lembu / Kerbau / Kambing.
✩ Perap daging yang telah di potong dengan sedikit cuka selama 10 hingga 15 minit. Tos kan air sehingga kering. Ketika memasak perlahankan api semasa kuah sedang mengelegak. Hasil nya daging lebih empuk dan enak.
✩ Masukkan beberapa helai daun nangka ke dalam rebusan daging untuk lebih cepat empuk
✩ Masukkan beberapa tangkai daun betik ke dalam rebusan daginh. Boleh juga di masukkan sebiji betik muda dalam rebusan.
2. Cara Menghilangkan Bau Hanyir Ikan Atau Ayam.
✩ Setelah bersihkan ayam atau ikan, gaulkan bersama-sama sedikit tepung gandum untuk membersihkan lendir-lendir yang terperangkap di badan ikan atau ayam. Biarkan selama 10 minit sebelum di bilas dengan air bersih.
✩ Ayam atau ikan yang telah dibersihkan, sediakan semangkuk air bersama jus limau kasturi yang telah diperahkan (dalam 4 biji). Perapkan ayam atau ikan itu sekejap sebelum di cuci. Ayam atau ikan akan berbau lebih segar.
3. Cara Mengelakkan Ayam Atau Ikan Melat Di Kuali Ketika Menggoreng.
✩ Taburkan sedikit garam ke dalam minyak yang panas, biarkan sebentar. Kemudian baru masukkan bahan gorengan. Perahkan sedikit jus limau kasturi agar bahan gorengan lebih cepat garing.
✩ Jika ibu Qila, dia lebih sukakan masukkan 1 hingga 2 keping asam keping ketika menggoreng. Selain mengelakkan ikan atau ayam yang melekat ketika menggoreng, ianya turut membantu agar minyak tidak meletup-letup semasa menggoreng.
✩ Setelah minyak masak untuk menggoreng sudah panas, masukkan 2 hingga 3 ulas bawang putih ke dalam minyak sebelum proses menggoreng
✩ Perapkan bahan untuk menggoreng dengan sedikit cuka atau jus limau nipis sebelum menggoreng. Hasilnya makanan kita kurang serap minyak selain berbau harum.
4. CaraMengelakkan Sardin Roll Atau Makanan Gorengan Yang Berasaskan Roti Kurang Serap Minyak Semasa Menggoreng.
✩ Kukuskan sebentar roti yang kita hendak gunakan untuk membalut inti kesukaan (agak-agak sudah lembut) Kemudian angkat roti itu dan nipiskan roti dengan menggunakan kayu penggelek.
Dengan cara ini roti yang di goreng itu insyallah kurang serap minyak.
✩ Jika Qila, lebih sukakan menggunakan kuali non stick pan. Selepas minyak masak telah panas, masukkan bahan gorengan dan balik-balik kan. Kuali yang cepat mengeluarkan haba panas mengurangkan risiko roti serap minyak. Gorengan pun bertambah rangup.
5. Cara Menyimpan Taugeh Agar Tahan Lama Dan Kekal Segar.
✩ Ambil sebiji limau nipis dan di belah kepada 3bahagian. Masukkan ke dalam taugeh yang telah direndam bersama air. Pastikan air nya di tukar pada setiap hari.
✩ Masukkan taugeh dan rendam kan taugeh sehingga air menutupi keseluruhan taugeh.
Letakkan beberapa keping asam gelugor ke dalam bekas rendaman. Selepas itu disimpan kan ke dalam chiller.
✩Rebus air sehingga mendidih dan sejukkan. Apabila air rebusan itu sudah sejuk, masukkan taugeh ke dalam dan simpankan di bahagian chiller.
Buangkan ekor taugeh tanpa perlu di rendam dan simpankan ke dalam chiller.
6. Cara Meranggupkan Bawang Goreng
✩ Bawang kecil yang telah di kupas dan di bersihkan, hiris senipis yang boleh kemudian di gaulkan bersama majerin. Perap kan sebentar baru lah di gorengkan dengan minyak yang panas dan banyak.
7. Cara Mempercepatkan Proses Pudding Membeku.
Dessert ini selalu dihidangkan semasa musim perayaan, senang, mudah dan cepat di siapkan. Ikuti langkah ini untuk percepatkan masa kita buat pudding. 😍
✩Masukkan loyang yang hendak kita gunakan untuk membuat pudding ke dalam tempat sejuk beku ( frozen ). Biarkan sehingga 20 minit ke 30 minit, kemudian keluarkan untuk tuangkan adunan pudding sebelum di masukkan semula ke dalam peti sejuk ( chiller ). Pudding lebih cepat membeku dari waktu asalnya.😃
Semoga Bermanfaat perkongsian ini 😎
No comments:
Post a Comment