Wednesday, January 30, 2019

Baru Belajar Buat Roti ? Jom Tengok Ni.

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Khas untuk mereka baru belajar buat roti

Hi Assalamualaikum, siapa kat sini yang baru je nak belajar buat roti ?
Okay Qila nak kongsikan beberapa tips khas untuk beginner untuk tahu asas untuk buat roti.
Qila pun dulu tak pandai buat, keras doh baling kat dinding pun melantun balik 😆

Tips Meroti

1. Doh Boleh Disimpan Dalam Peti Sejuk  Atau Bekukan.

Sebenarnya doh roti boleh disimpan dalam peti sejuk sehingga 36 jam jadi kita boleh menguli di malam hari dan simpan di dalam peti sebelum bakar pada keesokan pagi. Proses ini juga bantu menaikkan doh secara perlahan dalam peti, jika di suhu bilik yis kan cepat kembang jadi agak kelam kabut untuk uli doh yang lain kan ?


Doh juga boleh dibekukan dan di simpan antara 3 hingga 6 bulan. Boleh dibekukan dalam pelbagai cara dalam bentuk bebola atau yang sudah siap dibentukkan.  Cara paling senang untuk defrost doh yang telah dibekukan, keluarkan dari peti sejuk beku dan letakkan di bahagian chiller semalaman dan boleh dibakar pada esok hari.

2. Doh Dinaikkan Sebanyak 2 Kali

Ya, doh perlu dinaikkan sebanyak 2 kali. Mula-mula doh di uli sampai elastik, kita boleh nampak doh cantik dan licin itu. Lepas tu, doh di naikkan sehingga 2 kali ganda dari bentuk asal.
Doh akan ditumbuk atau di uli untuk buang angin dalam doh. Masa inilah doh lagi senang di bentukkan ikut kesukaan kita. Siap jer proses bentuk doh, doh di rehatkan lagi sekali sampai betul-betul naik. Tapi, bergantung juga pada faktor cuaca, kalau cuaca panas masa yang di ambil untuk doh naik kali ke-2 lagi singkat.  

Kali pertama biasanya doh akan naik dalam masa 45 minit sehingga 1 jam.
Tetapi, pada kali kedua untuk doh naik masa yang di ambil akan jadi lebih singkat dari kali pertama.

3. Macam mana nak tahu doh dah ready atau belum ?

Yis akan lebih aktif pada suasana suam di cuaca yang panas. Semakin banyak haba semakin cepat yis itu aktif. Nak pastikan doh itu betul-betul naik, tekankan dengan menggunakan 2 jari pada permukaan
doh. Jika kesan jari berbekas atau doh tidak kembali pada bentuk asal bermaksud doh sudah sedia untuk dibentukkan. 

Jika nak tahu cara tengok doh yang di sejukkan sudah sedia atau belum untuk dibentukkan, tengok cara ini : 

Doh yang telah kembang 2 kali ganda dalam peti sejuk sudah sedia untuk dibentukkan.

Doh dah sedia untuk digunakan.


4. Doh Susah Dibentuk

Perasan tak ada juga doh yang dah direhatkan tapi masih lagi susah untuk dibentuk ?
Tapi dalam resepi cakap lepas 10 minit dah boleh gunakan 😐 Mereka uli pakai bread maker jadi masa untuk direhatkan kejap jer. Kalau uli guna tangan kena ikut proses naikkan doh sebanyak 2 kali tau ? 

Doh yang susah dibentuk kena rehatkan dalam  10 hingga 20 minit untuk kasi masa untuk doh cukup  naik dan membentuk gluten.

5. Yis Kering

Yis jenis ini wajib tunggu sampai betul-betul aktif sebelum digunakan. Jika tidak doh roti tidak akan naik dan roti akan menjadi keras. Biasanya yis ini dicampurkan dengan air suam, gula dan biarkan aktif selama 15 hingga 20 minit bergantung pada faktor cuaca.

Jika dah biarkan yis tapi tak berbuih juga macam mana ? Gantikan yis yang baru kemungkinan besar yis itu sudah tidak aktif jadi tidak menghasilkan buih. Jangan gunakan air yang panas untuk aktifkan yis. Yis akan mati kalau kena air yang panas.

6. Nak Dapatkan Roti Yang Moist

Tutupkan bekas doh dengan wrapping cling atau plastik atau tuala lembab supaya permukaan doh tidak cepat kering.

7. Cara Menguli Dengan Tangan

Selepas doh digaul rata,uli dengan menekan doh ke depan dan melipat balik ke belakang. Ulang berkali-kali, tekan lipat, tekan dan lipat sehingga kesemua bahagian doh di uli rata.

Ulilah selama 10 hingga 15 minit, lagi lama di uli lagi cantik dan licin serta elastik permukaan doh itu.
Cara menguli dengan tangan



Doh yang siap diuli dan naik akan dibanting bagi keluarkan angin

Baru Nak Belajar Masak ? Jom Follow Petua Ni !

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Kongsi-kongsi tips percuma !😄

Hai Assalamualaikum, jika sebelum ini kita pernah berkongsi petua tentang cookies, kek dan nasi, kali ini Qila kongsikan pula petua masakan ! Haa, tentu semua sudah terror bab masakan tapi masih ada lagi anak-anak dara yang belum pandai memasak 😂. Jom kita pelajari petua yang mudah ini.
Sama-sama belajar sehingga pandai 😁



1. Cara-cara Melembutkan Daging Lembu / Kerbau / Kambing.

✩ Perap daging yang telah di potong dengan sedikit cuka selama 10 hingga 15 minit. Tos kan air sehingga kering. Ketika memasak perlahankan api semasa kuah sedang mengelegak. Hasil nya daging lebih empuk dan enak.

✩ Masukkan beberapa helai daun nangka ke dalam rebusan daging untuk lebih cepat empuk

✩ Masukkan beberapa tangkai daun betik ke dalam rebusan daginh. Boleh juga di masukkan sebiji betik muda dalam rebusan.

2. Cara Menghilangkan Bau Hanyir Ikan Atau Ayam.

✩ Setelah bersihkan ayam atau ikan, gaulkan bersama-sama sedikit tepung gandum untuk membersihkan lendir-lendir yang terperangkap di badan ikan atau ayam. Biarkan selama 10 minit sebelum di bilas dengan air bersih.

✩ Ayam atau ikan yang telah dibersihkan, sediakan semangkuk air bersama jus limau kasturi yang telah diperahkan (dalam 4 biji). Perapkan ayam atau ikan itu sekejap  sebelum di cuci. Ayam atau ikan akan berbau lebih segar.

3. Cara Mengelakkan Ayam Atau Ikan Melat Di Kuali Ketika Menggoreng.

✩ Taburkan sedikit garam ke dalam minyak yang panas, biarkan sebentar. Kemudian baru masukkan bahan gorengan. Perahkan sedikit jus limau kasturi agar bahan gorengan lebih cepat garing.

✩ Jika ibu Qila, dia lebih sukakan masukkan 1 hingga 2 keping asam keping ketika menggoreng. Selain mengelakkan ikan atau ayam yang melekat ketika menggoreng, ianya turut membantu agar minyak tidak meletup-letup semasa menggoreng.

✩ Setelah minyak masak untuk menggoreng sudah panas, masukkan 2 hingga 3 ulas bawang putih ke dalam minyak sebelum proses menggoreng

✩ Perapkan bahan untuk menggoreng dengan sedikit cuka atau jus limau nipis sebelum menggoreng. Hasilnya makanan kita kurang serap minyak selain berbau harum.

4. CaraMengelakkan Sardin Roll Atau Makanan Gorengan Yang Berasaskan Roti Kurang Serap Minyak Semasa Menggoreng.

✩ Kukuskan sebentar roti yang kita hendak gunakan untuk membalut inti kesukaan (agak-agak sudah lembut) Kemudian angkat roti itu dan nipiskan roti dengan menggunakan kayu penggelek.
Dengan cara ini roti yang di goreng itu insyallah kurang serap minyak.

✩ Jika Qila, lebih sukakan menggunakan kuali non stick pan. Selepas minyak masak telah panas, masukkan bahan gorengan dan balik-balik kan. Kuali yang cepat mengeluarkan haba panas mengurangkan risiko roti serap minyak. Gorengan pun bertambah rangup.

5. Cara Menyimpan Taugeh Agar Tahan Lama Dan Kekal Segar.

✩ Ambil sebiji limau nipis dan di belah kepada 3bahagian. Masukkan ke dalam taugeh yang telah direndam bersama air. Pastikan air nya di tukar pada setiap hari.

✩ Masukkan taugeh dan rendam kan taugeh sehingga air menutupi keseluruhan taugeh.
Letakkan beberapa keping asam gelugor ke dalam bekas rendaman. Selepas itu disimpan kan ke dalam chiller.

✩Rebus air sehingga mendidih dan sejukkan. Apabila air rebusan itu sudah sejuk, masukkan taugeh ke dalam dan simpankan di bahagian chiller.

Buangkan ekor taugeh tanpa perlu di rendam dan simpankan ke dalam chiller.

6. Cara Meranggupkan Bawang Goreng

✩ Bawang kecil yang telah di kupas dan di bersihkan, hiris senipis yang boleh kemudian di gaulkan bersama majerin. Perap kan sebentar baru lah di gorengkan dengan minyak yang panas dan banyak.

7. Cara Mempercepatkan Proses Pudding Membeku.

Dessert ini selalu dihidangkan semasa musim perayaan, senang, mudah dan cepat di siapkan. Ikuti langkah ini untuk percepatkan masa kita buat pudding. 😍

✩Masukkan loyang yang hendak kita gunakan untuk membuat pudding ke dalam tempat sejuk beku ( frozen ). Biarkan sehingga 20 minit ke 30 minit, kemudian keluarkan untuk tuangkan adunan pudding sebelum di masukkan semula ke dalam peti sejuk ( chiller ). Pudding lebih cepat membeku dari waktu asalnya.😃

Semoga Bermanfaat perkongsian ini 😎